Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Han Ye Ri sudah berkahwin?

    Dalam diam-diam, pelakon Korea Selatan Han Ye Ri rupanya sudah mendirikan rumah tangga sejak awal tahun lalu.

    Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Saram Entertainment, majlis perkahwinan pelakon filem Minari itu berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

    Suami Han Ye Ri bukan seorang selebriti dan disebabkan itu identitinya terpaksa dirahsiakan supaya tidak mengganggu privasi lelaki tersebut.

    “Han Ye Ri bertemu dengan seorang lelaki yang sangat istimewa dan mereka sudah berkahwin.

    “Majlis berlangsung pada awal tahun secara sederhana di Seoul dan mereka telah melafazkan ikrar perkahwinan dalam acara yang sama.

    “Suami Han Ye Ri bukan seorang selebriti dan kami mohon agar tidak mencari maklumat peribadi tentang lelaki itu,” ujar kenyataan tersebut. – Agensi

    Dalam diam-diam, Han Ye Ri rupanya sudah mendirikan rumah tangga sejak awal tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...