Wednesday, November 30, 2022
23.4 C
Brunei

-

Hana Azraa rimas diganggu PU Abu

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba nama Pencetus Ummah (PU) Abu dan bekas isteri Hana Azraa menjadi perbualan hangat warganet di media sosial.

Ini selepas Hana mendakwa dirinya masih diganggu pendakwah bebas itu yang tidak henti-henti memujuknya untuk kembali berbaik.

Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, Abu sering mengirimkan pesanan mesej menyatakan hasrat berbaik, namun dia memilih untuk tidak melayan permintaan itu.

“Dia memang nak berbaik dengan saya sebenarnya. Tapi dah tak boleh, banyak sangat faktor yang menyebabkan saya sudah tidak boleh kembali kepadanya,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Hana yang kini berada di Kota Suci Makkah memberitahu dia terpanggil untuk mendedahkan hal ini kerana Abu masih lagi menggelarnya sebagai isteri di ruangan komen.

Hana Azraa rimas diganggu bekas suami. – Agensi

“Saya perlu jelaskan kepada warganet sebab setiap orang komen di Instagram bertanya siapa saya, dia masih memberitahu kepada orang ramai bahawa saya adalah isterinya.

“Walhal, kalau mengikut hukum saya bukan lagi isterinya. Saya dan dia memang jelas bukan lagi pasangan suami isteri!,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hana berkata dia kurang selesa apabila ibunya turut diganggu oleh Abu.

“Biasalah orang tua, dia mula bimbang apabila situasi ini berlaku kepada saya.

“Malah, Abu turut menghantar tangkap layar gambar saya bersama majikan. Itu adalah hak peribadi saya, dia tidak perlu masuk campur,” katanya.

Meskipun menerima gangguan sedemikian, Hana berkata dia tidak berniat untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana ingin menyelesaikannya dengan cara baik.

“Ramai yang meminta saya untuk membuat laporan namun saya tidak mahu menutup periuk nasinya.

“Dia masih mempunyai keluarga dan tanggungan. Saya tidak mahu mengganggu kerjayanya. Jadi lebih baik kami selesaikan dengan cara baik.

“Saya cukup mengenalinya. Dia seorang lelaki yang baik. Saya hanya minta dia biarkan saya hidup bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Kami masih boleh lagi berkawan seperti saya berkawan dengan bekas suami pertama,” katanya.

Terdahulu, Hana memuat naik hantaran di Instastory mendedahkan dia dan keluarga masih diganggu oleh Abu. Justeru itu, Hana berkata dia tidak teragak-agak untuk menceritakan hal sebenar jika pendakwah bebas itu masih mengganggu sekeluarga. Untuk rekod, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020.

Pada April 2019, nama Abu menjadi bualan warganet kerana berkahwin dengan Hana ketika isteri pertamanya iaitu Ain Afini sedang sarat hamil. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jutaan rakyat Bangladesh hilang tempat tinggal

DHAKA, 29 NOV – Berjuta-juta orang di Bangladesh hilang tempat tinggal dan mata pencarian akibat kesan perubahan iklim tahun ini hingga menyebabkan penghijrahan dalam negeri...

Polis kawal bandar utama China

- Advertisment -