Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Hana Nadira berganding dengan Shaheizy Sam

    Pelakon Hana Nadira meluahkan rasa teruja dapat bergandingan bersama aktor kegemarannya iaitu Shaheizy Sam dalam drama bersiri terbaharu, Take CTRL.

    Pertama kali bertentang mata di set penggambaran, Hana, 36, berkata Sam seorang yang menyenangkan dan sangat mudah memberikan kerjasama dengan pelakon lain.

    “Ini adalah lakonan pertama saya dalam drama bersiri, itu sudah cukup membuatkan saya gementar. Tapi yang lebih membuatkan saya nervous apabila kena berlakon dengan Shaheizy Sam yang memang dah lama saya minat sejak filem Polis Evo lagi.

    “Sebelum masuk set tu saya takut juga… boleh ‘masuk’ ke kami nanti, sekepala ke tak? Tapi Alhamdulillah dia sangat chill dan mengalu-alukan kedatangan saya. Hari pertama dah rasa senang bekerja dengan dia.

    “Dia banyak melawak dan sepanjang penggambaran itu memang enjoy sahaja. Dia juga tak lokek berkongsi tip lakonan dan peramah dengan semua orang di set,” katanya kepada media.

    Hana Nadira meluahkan rasa teruja dapat bergandingan bersama aktor kegemarannya iaitu Shaheizy Sam. – Agensi

    Hana berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Take CTRL di Battle Arena, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu. Dalam pada itu, Hana mengakui berlakon di hadapan kamera lebih mencabar berbanding beraksi di pentas teater.

    “Sebelum ini saya banyak berlakon teater sahaja antaranya Uda dan Dara, Romeo & Juliet dan banyak lagi… kalau dapat tawaran berlakon drama pun bawa watak cameo sahaja.

    “Memang banyak beza berlakon siri televisyen dengan teater… bagi saya berlakon untuk TV ni lebih susah sebab kalau teater kita berlatih dua atau tiga bulan sebelum persembahan.

    “Drama TV macam ni memang tak ada latihan, kena terus shoot sahaja, kita juga kena siap bersedia untuk buat mana-mana babak yang diminta oleh pengarah,” ujarnya.

    Selain Shaheizy Sam dan Hana Nadira, Take CTRL turut menampilkan Faiz Najib, Sry Khairudin, Farid, Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan Jenn Chia. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...