Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Haneesya Hanee dibandingkan dengan Anna Jobling

    Pelakon Haneesya Hanee menegaskan dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Anna Jobling apabila aktres itu kini dilihat semakin menyerlah dalam bidang lakonan.

    Mengakui dirinya masih belum cukup dikenali, Haneesya, 21, menganggap sifat cemburu itu ialah orang-orang yang lemah.

    “Kenapa saya harus cemburu dengan kejayaan orang lain. Sifat cemburu adalah untuk orang yang lemah. Rezeki datang dari Tuhan.

    “Saya mungkin tidak dikenali. Tetapi saya masih ada pendapatan, membayar bil dan hidup bahagia bersama keluarga. Itu yang saya perlukan dalam hidup,” katanya.

    Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, berkata demikian menjawab pertanyaan warganet menerusi ruangan soal jawab di media sosial.

    Haneesya selesa dengan apa yang dimiliki sekarang. – Agensi

    Warganet dilihat sengaja membangkitkan soalan sedemikian kerana sebelum ini kedua-dua pernah berselisihan faham ketika bersama-sama menyertai program realiti Dewi Remaja pada tahun 2019.

    “Adakah awda cemburu dengan populariti Anna Jobling sekarang?

    “Sekarang Anna adalah paling popular dalam alumni Dewi Remaja.

    “Adakah awda masih ingat Anna Jobling?,” tanya warganet.

    Meskipun Haneesya bergelar juara dalam program tersebut, namun gelarannya itu ditarik semula gara-gara tersebar video dia berpesta di sebuah kelab malam.

    Susulan kejadian itu, tidak semena-mena nama Anna dikaitkan menjadi dalang penyebaran video.

    Pelakon berusia 22 tahun ini walau bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia satu bentuk fitnah yang tidak benar.

    Nama Anna kini semakin mendapat perhatian penonton selepas dia membintangi drama berjudul Melur Untuk Firdaus bergandingan bersama aktor Meerqeen. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...