Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Hani, Miss Universe digandingkan jadi hos

    Segalanya bagaikan mimpi buat pengacara Hani Fadzil, 31, apabila satu-satunya hos mewakili Malaysia dipilih mengendalikan acara berprestij, Asian TV Awards 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina, pada 1 Disember depan.

    Lebih membanggakan, Hani atau nama sebenarnya Intan Farhani Mohd Fadzil diberi penghormatan bergandingan bersama lima hos popular dari Filipina, Singapura dan Thailand.

    Hani berkata, dia tidak pernah terfikir bakal mencipta sejarah apabila mengendalikan anugerah berprestij antarabangsa seperti Asian TV Awards.

    “Saya tak pernah bermimpi bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos utama acara berprestij di luar negara.

    “Saya fikir hanya terpilih menjadi hos karpet merah atau penyampai trofi mewakili Malaysia apabila syarikat pengurusan, iaitu Rocket Fuel Entertainment menawarkan peluang ini, awal tahun ini.

    Hani tidak pernah terfikir bakal mencipta sejarah apabila mengendalikan anugerah berprestij antarabangsa seperti Asian TV Awards. – Agensi

    “Saya terima kerana peluang depan mata tidak seharusnya dilepaskan. Beberapa bulan lalu, pihak pengurusan mengesahkan saya akan hadir Asian TV Awards di Manila, tetapi tak terfikir sebagai hos utama,” katanya kepada BH Online.

    Dua minggu lalu, Hani berkata, dia dijemput menjayakan majlis pengumuman hos menerusi Instagram (IG Live).

    “Syarikat pengurusan bertanya sama ada saya boleh mengosongkan jadual kerana perlu menghadiri majlis pengumuman hos untuk acara berkenaan.

    “Mulanya, saya pelik juga kenapa perlu hadir ke majlis pengumuman hos, kemudian baru saya terfikir kemungkinan diberikan tugas sebagai hos.

    “Menerusi IG Live itu, nama saya diumumkan bergandingan dengan hos dari Thailand, S Kantapong Bumrungrak dan pada hari yang sama, penganjur memuat naik gambar saya bersama lima hos lain yang bakal mengendalikan acara berprestij yang dinantikan karyawan seni itu.

    “Ketika itu juga baru saya sedar tanggungjawab ini bukan kecil. Apatah lagi, saya juga bergandingan Miss Universe 2018, Catriona Gray,” katanya.

    Kata Hani, dia memang terkejut apabila diberitahu bakal berkongsi pentas dengan Catriona dan pelakon popular Filipina, Piolo Jose Pascual. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...