Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hanis Zalikha ada cara tersendiri didik anak

    Nampak lembut tetapi sebenarnya tegas, itulah cara selebriti Hanis Zalikha dalam mendidik dua orang cahaya matanya iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun.

    Menurut Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, dia dan suaminya yang juga seorang pelakon Hairul Azreen mempunyai cara tersendiri dalam mengajar anak agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

    “Ada yang kata ‘lembutnya dengan anak-anak’ tapi sebenarnya bukan lembut. Saya tak garang tapi lebih tegas. Memang kena tegas bila bab nak didik anak.

    “Jangan rasa saya ini lembut sangat sebab sebenarnya saya seorang yang tegas. Kalau saya kata tak boleh, maknanya memang tak boleh. Cuma cara saya cakap dengan nada yang tidak tinggi.

    “Selalunya kalau kami marah anak, sebelum tidur akan bincang balik apa kesalahan. Supaya lain kali mereka tahu apa salah dan apa nak buat,” kata Hanis kepada mStar.

    Hanis Zalikha mempunyai cara tersendiri mendidik anak-anak, walaupun nampak lembut tetapi tegas. – Agensi

    Hanis yang juga seorang usahawan ditemui ketika majlis berbuka puasa dan memperkenalkan dirinya sebagai duta produk jenama Innersejuk di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Selasa.

    Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi mengenai anak sulungnya iaitu Yusuf yang menawarkan diri untuk berpuasa selama satu hari.

    Kata selebriti berusia 32 tahun itu, dia dan suaminya tidak pernah memaksa anak mereka berpuasa atau solat dalam keadaan tidak bersedia.

    “Yusuf puasa hanya sehari sahaja, dia puasa pada hari ketujuh. Dia sendiri yang minta nak puasa, mungkin sebab dia tengok kami puasa. Itu yang buat dia rasa nak puasa.

    “Tapi kami tak pernah nak paksa dia berpuasa atau solat. Tunggu dia bersedia nak buat sendiri. Alhamdulillah, Yusuf puasa okey saja cuma adik dia ada la datang tawarkan makanan,” ujarnya.

    Sebelum ini, video gelagat Yusuf pertama kali berpuasa yang dikongsi Hairul di TikTok mendapat perhatian warganet yang memuji cara didikan pelakon itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...