Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Hannah Green dahului LPGA Lotte

    PANTAI EWA, HAWAII, 14 APRIL – Hannah Green membuat pukulan enam-bawah 66 kelmarin untuk mendahului pusingan pertama Kejuaraan Lotte LPGA di Jelajah LPGA.

    Green mencatat lapan birdie, termasuk lima di lubang sembilan depan di Hoakalei Country Club, tempat pertama dalam edisi ke-10 kejohanan berkenaan, di mana pemain Australia itu telah membuat 11 dari 14 pukulan fairways, 14 daripada 18 green dan hanya memerlukan 26 putt.

    “Saya telah memukul bola dengan baik,” kata Green. “Saya hanya rasa seperti dengan pukulan putt, saya perlu melihat beberapa bola yang masuk. Jadi, itulah yang membawa kepada keputusan saya hari ini.

    Memasukkan bola ke dalam beberapa lubang membuatkan saya rasa lebih baik.

    Dia telah memenangi kedua-dua gelaran jelajahnya pada 2019, merangkul Kejohanan PGA Wanita KPMG dan Klasik Cambia Portland.

    Reaksi Hannah Green selepas menamatkan pusingannya di lubang kesembilan semasa pusingan pertama kejohanan tersebut. – AFP

    “Saya berasa sangat seronok datang ke Hawaii,” kata Green. “Ia mempunyai suasana yang santai, dan saya fikir itulah yang kami perlukan apabila kami berada di padang golf. Petang ini, saya mungkin akan pergi ke pantai. Mudah-mudahan, tidak terlalu berangin atau keadaan mungkin tidak menyenangkan.”

    Sementara itu, Aditi Ashok, Alison Lee dan Gemma Dryburgh ketinggalan satu strok di belakang.

    “Kami bernasib baik kerana dapat keluar sebelum cuaca benar-benar berangin,” kata Dryburgh. “Apabila kami berpatah balik, ia menjadi agak kuat. Saya hanya menggunakan pengetahuan dari Scotland.”

    Manakala juara bertahan, Lydia Ko memulakan perlawanan dengan pukulan bogey 69.

    “Saya berasa seperti saya mengekalkan permainan,” kata Ko. “Angin bertiup agak kencang di lubang ke-9, terutamanya sembilan lubang depan, menjadikannya lebih sukar di luar sana.” – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...