Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hannover sambar Wimmer

    LONDON, 28 Mei – Kelab Bundesliga Hannover telah menandatangani pemain pertahanan Austria, Kevin Wimmer dalam perjanjian pinjaman jangka panjang dari Stoke.

    Wimmer hanya menyertai Stoke dari Tottenham dengan perpindahan 18 juta pound (AS$24 juta, 20.5 juta euro) pada Ogos 2017.

    Tetapi pemain berusia 25 tahun itu hanya membuat 19 penampilan dalam semua perlawanan ketika Stoke diturunkan dari Liga Perdana Inggeris.

    Satu kenyataan dari Stoke berkata perjanjian pinjaman itu ‘membawa potensi untuk perjanjian secara kekal’.

    Wimmer tidak diketengahkan untuk Stoke sejak kekalahan liga mereka 3-0 di Manchester United pada Januari selepas gagal mendapat kelulusan selepas pelantikan Paul Lambert menggantikan bos yang dipecat, Mark Hughes.

    Lambert telah digantikan oleh Gary Rowett, tetapi masa depan Stoke dengan kehadiran Wimmer masih belum jelas. Bekas bintang Cologne itu kali terakhir beraksi selama 90 minit dalam kekalahan Piala FA pada Januari lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda