Hanoi banteras barangan dilabel buatan Vietnam

HANOI, 10 JUN – Hanoi telah berikrar untuk membanteras peniaga haram yang menggunakan label ‘Made in Vietnam’ ke atas barangan yang dihantar ke Amerika untuk mengelak tarif ketika pertikaian perdagangan AS-China masih berterusan.

Para pengeksport mula mengalihkan pengeluaran dari China ke Vietnam untuk mengelak levi 25 peratus yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke atas barangan China yang bernilai AS$200 bilion.

Namun Hanoi berkata beberapa pengilang secara haram mendakwa barangan mereka – termasuk tekstil, makanan laut dan produk pertanian – adalah dari Vietnam yang sebenarnya berasal dari China. – AFP