Hanoi lancar kereta api moden pertama

HANOI, 7 NOV – Hanoi, bandar yang sesak dengan kira-kira lima juta motosikal hari ini melancarkan sistem kereta api moden pertamanya.

Ia sebagai usaha pihak berkuasa dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran, yang lama membelenggu ibu kota Vietnam itu.

Selepas kelewatan projek itu selama beberapa tahun dengan kos pembinaan mencecah dua kali ganda, akhirnya orang ramai berpeluang melihat gerabak kereta api itu keluar dari stesen Cat Linh.

Kereta api buatan China itu memulakan perjalanan dari stesen Cat Linh yang berhampiran pusat bandar sejauh 13 kilometer (km) ke arah kawasan berpenduduk padat di timur Vietnam.

Hanoi dengan populasi sembilan juta itu terkenal di seluruh dunia kerana padat dengan motosikal yang memenuhi jalan di bandar, sekali gus memberi risiko buat pejalan kaki.

Pada masa sama, bilangan kereta juga meningkat daripada 185,000 kepada 700,000 dalam tempoh sama.

Jurucakap kementerian pengangkutan, Vu Hong Son, yakin perkhidmatan kereta api akan menangani banyak isu termasuk pencemaran dan kesesakan di Hanoi.

Perkhidmatan kereta api Cat Linh-Ha Dong mengambil masa sedekad untuk disiapkan, dengan pembinaannya terganggu beberapa kali disebabkan isu keselamatan dan kos meningkat kepada AS$900 juta daripada peruntukan asal AS$550 juta.

Sembilan lagi landasan dan laluan dirancang turut dibina menuju ke Hanoi menjelang 2030. – AFP

Seorang pegawai berjalan melepasi kereta api pertama bandar di laluan Cat Linh-Ha di stesen Cat Linh pada hari pertama operasi di Hanoi pada 6 November 2021. – AFP