Saturday, September 23, 2023
24.8 C
Brunei

    -

    Hansi Flick dipecat

    BERLIN, 11 SEPT – Juara dunia empat kali, Jerman memecat jurulatih Hansi Flick, kelmarin hanya sembilan bulan sebelum menjadi tuan rumah Euro 2024 selepas kekalahan memalukan 4-1 kepada Jepun baru-baru ini, umum Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB).

    Pengurus berusia 58 tahun itu menjadi ketua jurulatih Jerman pertama yang dipecat sejak jawatan itu dicipta pada 1926.

    Pengarah sukan Rudi Voeller, yang pernah melatih pasukan itu ke perlawanan akhir Piala Dunia 2002 menentang Brazil, akan mengambil alih tugas itu untuk sementara waktu.

    Ketua DFB, Bernd Neuendorf berkata pemecatan itu ‘tidak dapat dielakkan’ selepas pasukan itu mencatat keputusan mengecewakan baru-baru ini.

    Dalam satu kenyataan, Neuendorf berkata “dengan memandang kepada kejohanan Eropah di negara kita sendiri, kami memerlukan semangat optimis dan keyakinan”, dan mengatakan keputusan itu adalah salah satu “paling sukar setakat ini”.

    Bekas Ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick memerhati semasa perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa antara Jerman dan Jepun di Wolfsburg, Jerman pada 9 September. – AP

    Voeller, yang dilaporkan tidak mungkin mengetuai Jerman ke Euro 2024, berkata, “Hansi telah memberikan segala-galanya untuk memperbaiki keadaan selepas Qatar”.

    Jerman tersingkir di peringkat kumpulan yang memalukan pada Piala Dunia di negara Teluk tahun lalu.

    Voeller mengakui “Hansi telah menghabiskan tenaganya dalam beberapa bulan yang lalu.

    “Perlawanan Jepun menunjukkan kepada kami bahawa kami tidak boleh membuat sebarang kemajuan lagi dalam situasi ini.”

    Pengurus yang tidak bekerja, Julian Nagelsmann, yang sebelum ini menggantikan Flick sebagai bos Bayern Munich, telah dicalonkan sebagai pengganti yang mungkin menjelang kejohanan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...