Hanya 22 warga KKBS belum divaksin

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Hanya 22 orang sahaja lagi warga dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang masih lagi belum mendapatkan vaksin mereka yang mana sebilangannya adalah disebabkan keadaan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

“Bagaimanapun, lebih 90 peratus warga dan kakitangan KKBS telah pun mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini,” jelas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa ditanya mengenai kadar vaksinasi warga KKBS pada sidang media hari ini. Yang Berhormat Dato turut menyatakan bahawa kementerian akan memastikan semua kakitangannya untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 tersebut.