MADRID, 13 Okt – Antara perlawanan terbesar La Liga musim ini diselubungi dengan ketegangan politik apabila Barcelona berkunjung ke Atletico Madrid awal pagi Ahad, kunjungan pertama Barca ke ibu negara Sepanyol sejak referendum kemerdekaan Catalan dicemari dengan keganasan.
Barca beraksi dalam perlawanan terakhir mereka dengan tertutup ketika referendum 1 Oktober, yang dianggap tidak sah oleh kerajaan Sepanyol, diadakan di tengah-tengah kejadian huru-hara di mana polis merampas undian dan bertembung dengan para pengundi sehingga menyebabkan 92 orang cedera dan hampir 900 orang memerlukan bantuan perubatan.
“Ia adalah pengalaman yang paling teruk kita alami,” kata kapten Barca, Andres Iniesta minggu ini.
Iniesta, 33, menandatangani kontrak di Barca minggu lepas, sehari selepas menggesa kedua-dua pihak berbincang.
“Ia sudah mencapai satu tahap yang mana ia tidak bagus untuk siapa-siapa,” tambah Iniesta. “Mereka yang bertanggungjawab perlu menyelesaikannya.”
Hanya 250 tiket ditawarkan kepada penyokong pasukan pelawat di stadium baru Atletico yang berkapasiti 68,000.
Namun, sebahagian besar penyokong Atletico di dalam media sosial bagi menggesa penyokong lain untuk tidak memasukkan politik dalam perlawanan. – AFP