Hanya 3 daripada 45 paus pandu selamat

BANGKALAN, INDONESIA, 19 FEB – Hanya tiga daripada 45 ekor paus pandu sirip pendek terselamat selepas terkandas secara besar-besaran di perairan cetek pulau Madura, di pesisir timur laut pulau Jawa, Indonesia, hari ini, menurut pegawai.

Tiga ekor paus itu ditolak ke laut oleh sukarelawan dan pihak berkuasa tempatan di sepanjang pantai Modung, di wilayah Jawa Timur.

Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa mengatakan pihak berkuasa sedang menyiasat punca kematian manakala bangkai-bangkainya akan ditanam di sekitar pesisir pantai itu.

“Sukarelawan yang membantu paus itu kembali ke lautan mengatakan beberapa ekor paus berenang semula ke pantai kerana induk-induknya masih ada yang terkandas,” kata Parawansa. – AFP

Penduduk memeriksa bangkai paus pandu yang terkandas di pantai Bangkalan, pulau Madura, 19 Februari. Hanya tiga daripada 45 ekor paus pandu terkandas di perairan cetek pulau itu selamat, kata pegawai. – AP