Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Hanya 5 pemain lapor diri Latihan Pusat

    PETALING JAYA, 19 APRIL – Hanya lima daripada 31 pemain skuad Bawah-23 (B23) yang dipanggil untuk latihan pusat Sukan SEA Hanoi, melaporkan diri untuk sesi latihan pertama mereka di Wisma FAM, malam ini.

    Lima pemain tersebut adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhd Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhd Faiz Amer Runnizar, Muhd Shafi Azswad Sapari dan Muhd Haqimi Azim Rosli.

    Dengan pengecualian untuk pemain berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Muhd hadi Fayyadh Abdul Razak yang dijangka akan pulang minggu hadapan, yang lainnya merupakan pemain dalam Liga Malaysia.

    Bagaimanapun Ketua Jurulatih, Brad Maloney berharap bahawa kesemua pemain lain yang pada masa ini bermain dalam Liga Super dan Liga Premier, akan dapat melaporkan secara berfasa dalam tempoh terdekat.

    “Terdapat kemungkinan kelab tidak melepaskan pemain mereka. Pada masa ini kami sedang berbincang dengan kelab, jadi saya percaya pemain akan melaporkan diri, tetapi ia berkaitan bila mereka akan laporkan diri,” katanya kepada media di Wisma FAM, malam ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...