Hanya bertahan selama empat bulan

Hubungan cinta pasangan model terkenal iaitu Gigi Hadid dan Tyler Cameron sudah berakhir pada penghujung Oktober lalu.

Malah, peminat juga menyedari Gigi, 24, dan Tyler, 26, kini tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing sejak perpisahan itu. Sumber terdekat memberitahu Gigi menganggap tindakan dia berhenti mengikuti perkembangan bekas kekasihnya adalah sesuatu perkara yang biasa dilakukan setiap pasangan yang sudah berpisah.

“Gigi anggap dia dan Tyler tidak lagi mengikuti satu sama lain di Instagram bukan sesuatu masalah yang perlu diperbesarkan selepas mereka berpisah. Hubungan mereka pun sudah berakhir dan memandangkan dia aktif di media sosial, jadi ia perkara biasa untuk berhenti mengikuti perkembangan Tyler,” kata sumber.

Hubungan cinta mereka mula dihidu apabila mereka dilihat sama-sama mengikuti laman Instagram masing-ma-sing pada Julai lalu. – Agensi

Hubungan cinta pasangan model terkenal iaitu Gigi Hadid dan Tyler Cameron sudah berakhir pada penghujung Oktober lalu. – Agensi