Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Hanya dialog, rundingan mampu atasi krisis Ukraine

    NEW YORK, 25 MAC – Dialog dan rundingan satu-satunya jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Ukraine, kata wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di sesi khas Perhimpunan Agung PBB kelmarin.

    “Dialog dan rundingan merupakan satu-satunya pendekatan untuk mengakhiri krisis ini.

    “Kami (China) akan terus terlibat secara membina dalam menyumbang ke arah penyelesaian yang aman,” katanya.

    Dalam ucapannya itu beliau turut menyuarakan mengenai pendirian China berhubung situasi kemanusiaan di Ukraine.

    Zhang berkata keadaan kemanusiaan di Ukraine yang semakin memburuk menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa, selain ramai turut kehilangan tempat tinggal.

    “Keutamaan sekarang adalah pihak yang berkonflik bersabar dan bertenang serta berusaha ke arah gencatan senjata bagi mencegah berlakunya krisis kemanusiaan secara besar-besaran,” ujarnya.

    Mengenai penglibatan China dalam membantu meredakan krisis berkenaan, Zhang menyatakan, China sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kemanusiaan berbentuk barangan keperluan kepada Persatuan Palang Merah Antarabangsa Ukraine.

    Dalam pada itu, beliau menyeru pihak terbabit supaya mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dalam usaha melindungi nyawa rakyat terutamanya wanita dan kanak-kanak, serta memudahkan pemindahan dan operasi menyelamat.

    Zhang turut mengakui, selain daripada ancaman COVID, kesan sampingan akibat krisis Ukraine juga dirasai dunia, sekali gus memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan perdagangan, kewangan, tenaga, barang makanan dan rantaian bekalan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...