‘Hanya dua jam dibenarkan’

PUTRAJAYA, 23 MEI – Tempoh pelanggan boleh berada di dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan kepada maksimum dua jam, berkuat kuasa 25 Mei ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata itu antara prosedur operasi standard (SOP) yang dikemas kini bagi sektor perdagangan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran, susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat semalam.

Nanta berkata penambahbaikan lain yang dilaksanakan ialah mewajibkan had jumlah pelanggan di dalam semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu orang bagi setiap empat meter per persegi. – Bernama