Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    ‘Hanya gurauan semata-mata’

    Penyanyi Iman Troye, 20, menepis spekulasi mendakwa sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pempengaruh media sosial hanya kerana muncul dalam siaran langsung menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

    Tegas Iman, mereka bukan pasangan kekasih seperti didakwa dan hubungan tidak lebih sekadar kawan.

    “Secara kebetulan, kawan saya adalah rakannya. Dari situ, kami mula berkenalan.

    “Kami dalam satu kumpulan, jadi hubungan agak rapat, tetapi bukan tahap bercinta.

    “Nak kata sedang mengenali hati budi tidak juga. Sekarang, saya dalam peringkat merawat hati yang luka.

    “Jadi, soal cinta saya letak ke tepi dahulu. Jadi, tumpuan saya sekarang hanya untuk kerjaya nyanyian,” katanya kepada BH Online.

    Menerusi siaran langsung itu, ramai mendakwa Iman dan jejaka berusia 19 tahun yang dikenali sebagai Danial itu kelihatan mesra. Malah, Danial memanggil penyanyi lagu Teman itu dengan panggilan sayang.

    Mengulas perkara itu, pemilik nama lengkap Siti Nur Alyssa Sahabudin itu berkata, apa yang disaksikan hanya sekadar gurauan.

    “Sejujurnya, kami tak pernah berbual dalam mesej peribadi. Apa yang dilihat ketika siaran langsung hanya gurauan semata-mata,” jelasnya. – Agensi

    Tegas Iman, mereka bukan pasangan kekasih seperti didakwa dan hubungan tidak lebih sekadar kawan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...