Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya kerana tidak pakai tali pinggang keledar

    MUZIK video lagu baharu kumpulan Kpop popular Blackpink iaitu Kill This Love tidak sesuai untuk siaran stesen televisyen Korea Selatan iaitu KBS.

    Kill This Love yang kini sudah mendapat lebih 200 juta tontonan itu dianggap tidak sesuai berikutan melanggar undang-undang lalu lintas negara tersebut.

    Seperti dipetik Allkpop,  salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Rose memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keledar dalam muzik video terbabit.

    Selain Blackpink, KBS turut melarangan beberapa muzik video lain iaitu 4:44 Park Bom, Focus Kim Dong Han dan Ready Q.

    Muzik video berkenaan perlu diedit dan dihantar semula untuk semakan atau tidak boleh disiarkan di stesen televisyen itu. – Agensi

    Salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Rose memandu kereta tanpa memakai tali pinggang keledar dalam muzik video terbabit. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda