Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    ‘Hanya satu jam bermain Game’

    HONG KONG – Percutian sempena Tahun Baharu Cina semakin hampir di China yang menjanjikan jamuan besar-besaran dan sampul merah yang berisi wang.

    Namun, kanak-kanak mempunyai satu lagi perkara yang mereka nanti-nantikan, iaitu tambahan satu jam bermain permainan dalam talian setiap hari.

    Sejak bertahun-tahun, pihak berkuasa China telah berusaha untuk mengawal masa yang diluangkan oleh kanak-kanak bermain permainan dalam talian, untuk memerangi ‘ketagihan internet’.

    Mereka mendakwa telah berjaya dalam memben-dung masalah itu tetapi tidak mengambil risiko.

    Had bermain telefon

    Pada 2019, pihak berkuasa mengehadkan kanak-kanak bawah umur bermain permainan online mereka 90 minit sehari pada hari bekerja dan melarang mereka bermain antara pukul 10 malam dan 8 pagi.

    Seorang wanita bercakap dengan anaknya yang bermain dengan telefon pintarnya di sebuah kafe di Beijing. – AP
    Seorang wanita dan seorang kanak-kanak melihat telefon bimbit ketika mereka duduk di bangku di taman awam di Beijing. – AP
    Seorang penjual yang memakai pelitup muka duduk di hadapan skrin yang menunjukkan program AI memainkan permainan dalam talian di Ekspo Teknologi Tinggi Antarabangsa China di Beijing. – AP
    Seorang pelajar kolej bermain permainan dalam talian di bilik asramanya di bandar Chongqing di barat daya China. – AP

    Pada tahun 2021, mereka mengeluarkan sekatan yang lebih keras: Kanak-kanak bawah umur dibenarkan bermain per-=mainan dalam talian selama sejam sahaja sehari iaitu pada Jumaat, hujung minggu dan cuti umum.

    Cuti Tahun Baharu Cina akan disambut pada 21 hingga 27 Januari, perayaan terbesar di China, akan memberi mereka empat hari tambahan untuk bermain permainan dalam talian.

    Ramai ibu bapa memuji mengenai sekatan tersebut, walaupun anak-anak mereka mengamuk.

    Syarikat media sosial dan permainan telah menyediakan atau mengukuhkan tetapan ‘mod belia’ pada aplikasi mereka, bertujuan untuk melindungi golongan bawah umur.

    Ia termasuk ciri yang mengehadkan penggunaan, mengawal pembayaran dan memaparkan kandungan yang sesuai dengan umur.

    Untuk beberapa permainan popular, pendaftaran nama sebenar dan juga sambungan pengecaman muka telah dilaksanakan untuk mengelakkan penyelesaian.

    Masalah ketagihan

    Pada bulan November, lebih setahun selepas kawalan permainan yang lebih ketat diperkenalkan, kumpulan industri yang bergabung dengan kerajaan, Jawatankuasa Kumpulan Industri Permainan, mengeluarkan laporan yang mengisytiharkan masalah ketagihan permainan dalam kalangan kanak-kanak bawah umur ‘secara asasnya telah diselesaikan,’ walaupun tiga jam seminggu, had untuk bermain pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tetap kekal.

    Secara keseluruhan, laporan Kumpulan Industri Permainan berkata, lebih daripada 75 peratus kanak-kanak di bawah umur di China bermain permainan dalam talian selama kurang daripada tiga jam seminggu dan kebanyakan ibu bapa menyatakan mereka berpuas hati dengan sekatan baharu itu.

    Laporan firma risikan pasaran permainan Niko Partners pada September mendapati bahawa bilangan pemain belia menurun kepada 82.6 juta pada 2022 daripada 122 juta pada 2020 sebagai kesan langsung daripada peraturan China.

    Penduduk Beijing, Zhong Feifei berkata, anak perempuannya yang berusia 11 tahun telah menghabiskan lebih sedikit masa untuk bermain sejak sekatan itu berkuat kuasa.

    “Anak perempuan saya berhenti bermain permainan dalam talian pada masa yang dilarang.”

    Zhang telah menggalakkan anak perempuannya bermain dengan kanak-kanak lain atau menghabiskan masa dengan aktiviti lain.

    “Malah semasa cuti umum, dia tidak menghabiskan terlalu banyak masa bermain lagi kerana dia telah menemui perkara lain untuk dilakukan, seperti bermain dengan anjing kami atau mainan lain,” katanya.

    Ibu bapa perlu bantu anak mereka

    Laporan Kumpulan Industri Permainan mengatakan ‘jalan keluar terbesar’ dalam sekatan permainan adalah ibu bapa yang membantu anak-anak mereka memintas kawalan. Sekatan yang keras itu juga telah melahirkan pasaran gelap di mana kanak-kanak di bawah umur boleh membeli permainan tanpa pengawasan, atau menyewa permainan menggunakan akuan orang dewasa.

    Zhong juga gemar bermain permainan dalam talian, tetapi berkata dia mengelak berbuat demikian ketika bersama anaknya, meninggalkan rumah untuk bermain dan cuba menunjukkan contoh yang baik.

    Ibu bapa merupakan faktor paling penting dalam mengekang ketagihan permainan, kata Tao Ran, pengarah Pangkalan Pembangunan Psikologi Remaja di Beijing, yang pakar dalam merawat masalah itu.

    Tao menganggarkan sekatan dan tetapan ‘mod belia’ pada aplikasi telah membantu mengatasi ketagihan kepada permainan dalam talian dalam kalangan kanak-kanak yang lebih muda, yang mungkin tidak tahu cara mencari penyelesaian.

    Kanak-kanak di sekolah menengah atau sekolah tinggi cenderung lebih bijak dan sering mencari cara untuk mengatasi sekatan.

    Ini mungkin bermakna meyakinkan ibu bapa mereka untuk membenarkan anak menggunakan akaun mereka, atau memikirkan kod laluan untuk mematikan ‘mod belia’.

    Dengan begitu ramai orang terperangkap di rumah semasa wabak tersebut, kanak-kanak telah membelanjakan sejumlah besar dalam talian, kata Tao.

    “Pandemik ini telah menyumbang kepada lebih banyak ketagihan internet, saya tidak melihat pengurangan bilangan kanak-kanak di bawah umur yang dihantar ke pusat kami bagi membendung ketagihan setiap bulan,” kata Tao, yang pusatnya merawat purata 20 kanak-kanak dengan ketagihan internet yang teruk setiap bulan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...