Hanya satu perempat setuju Olimpik diteruskan tahun depan

TOKYO, 21 JULAI – Hanya satu dari empat orang di Jepun yang ingin menyaksikan Sukan Tokyo yang ditangguhkan akibat COVID-19 diadakan tahun depan, dengan sebahagian besar menyokong sama ada sukan itu ditunda atau dibatalkan, menurut satu tinjauan baharu.

Hanya 23.9 peratus responden dalam tinjauan tiga hari di seluruh negara yang diterbitkan pada Ahad lalu mengatakan bahawa mereka ingin menyaksikan Sukan Olimpik 2020 diadakan tahun depan.

Tinjauan yang dilakukan oleh agensi berita Kyodo mendapati 36.4 peratus responden menyokong Sukan Olimpik itu ditunda, sementara 33.7 berpendapat agar acara itu harus dibatalkan sama sekali.

Sebilangan besar mereka yang menyokong penundaan atau pembatalan mengatakan mereka tidak percaya bahawa wabak itu dapat dihentikan tepat pada waktunya untuk temasya itu, yang sekarang dijadualkan dibuka pada 23 Julai 2021.

Tinjauan berasingan yang dilakukan pada hujung minggu lalu oleh akhbar Asahi Shimbun mendapati 33 peratus responden menyokong mengadakan Sukan itu tahun depan, dengan 61 peratus menyo-kong penangguhan atau pembatalannya. – AFP

Gambar fail pada 25 Mac lalu menunjukkan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach bercakap semasa wawancara setelah keputusan bersejarah untuk menangguhkan Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana wabak COVID-19, di Lausanne, Switzerland. – AFP