Hanya seorang tidak dapat dihubungi
SIBU, 20 JAN – Hanya seorang individu yang disahkan positif COVID-19 di sini tidak dapat dihubungi, bukan 23 seperti yang dilaporkan sebelum ini, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Annuar Rapaee. Beliau berkata perkara itu disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang memperhebat usaha mengesan lelaki tersebut dengan bantuan beberapa agensi kerajaan.





























