Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    HAPPY sebar kesedaran mengenai HIV

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Sebagai usaha menyebarkan kesedaran mengenai HIV termasuk ilmu pengetahuan berkaitan kehamilan remaja serta jangkitan penyakit seksual (STI) dalam kalangan remaja dan belia, Program Kesedaran HIV bagi Belia dan Rakan Sebaya (HAPPY) telah diadakan di dua buah institusi pendidikan secara berasingan pada 23 Julai lalu.

    Program berkenaan projek yang diterajui oleh belia yang dikendalikan oleh Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAIDS).

    Semasa program yang dikendalikan di Sekolah Menengah Sayiddina Abu Bakar (SMSAB) pada sebelah pagi, kira-kira 70 orang pelajar mengambil bahagian dalam program sebagai sebahagian daripada program kesedaran sekolah berkenaan.

    Sementara itu, pada sebelah petang, kira-kira 138 orang pelajar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menyertai program berkenaan sebagai sebahagian daripada program minggu orientasi.

    Program di SMSAB menyaksikan ceramah disampaikan oleh Presiden Majlis BDAIDS Council, Awang Iswandy bin Ahmad manakala program di KUPU SB menyaksikan ceramah disampaikan oleh ahli kumpulan HAPPY, Dayang Siti Najihah Kamilah binti Latif.

    Program itu merupakan program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta juga aktiviti interaktif bagi menyampaikan mesej kepada golongan muda di mana mesej-mesej yang disampaikan disesuaikan kepada situasi tempatan.

    Awang Iswandy menyampaikan ceramah semasa Program HAPPY yang diadakan di SMSAB. – Gambar serahan Majlis BDAIDS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...