Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Happy terus beriga kesedaran HIV

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Seramai 100 pelajar baharu Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah, baru-baru ini, telah menyertai Program Kesedaran HIV untuk Rakan Sebaya dan Belia (HAPPY), Majlis AIDS Brunei Darussalam
    (BDAIDS) sebagai sebahagian daripada program bagi mengalu-alukan pelajar Tahun 1 kampus berkenaan.

    Manakala itu, pada sebelah petang, program serupa juga telah diadakan di IBTE Kampus Jefri Bolkiah yang dihadiri oleh 300 pelajar baharu.

    HAPPY merupakan projek yang diterajui belia untuk menyebarkan kesedaran HIV termasuk pengetahuan tentang kehamilan remaja dan jangkitan seksual. Ia adalah program interaktif yang menggabungkan audio dan visual serta aktiviti interaktif untuk menyampaikan mesej kepada golongan muda yang merangkumi mesej yang telah disesuaikan dengan tetapan tempatan.

    Mewakili Majlis BDAIDS dalam menyampaikan dan memudah cara program di kedua-dua kampus IBTE ialah Dayang Siti Kailene Jazlan Kashfi daripada pasukan HAPPY, yang antara lain berkongsi statistik tempatan terkini mengenai penyakit jangkitan seksual (STI) dan kehamilan remaja dengan menonjolkan umur dan jantina yang mendominasi statistik tersebut.

    Dengan adanya acara seumpama itu, Majlis BDAIDS berharap pelajar dapat membawa pulang mesej sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran mereka dan menerapkannya dalam gaya hidup harian.

    Antara pelajar yang menyertai program HAPPY, Majlis BDAIDS. – Gambar serahan Majlis BDAIDS
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...