Hapus jurang kewangan di negara berpendapatan sederhana

NEW YORK, 5 Dis – Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Maria Fernanda Espinosa Garces, pada Selasa menggesa agar jurang ketaksamaan dan kewangan di negara berpendapatan sederhana dihapuskan, lapor agensi berita China Xinhua.

“Dalam tempoh 50 tahun lepas, negara berpendapatan sederhana telah menjadi kuasa ekonomi yang semakin berkembang dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global serta meningkatkan eksport antarabangsa mereka,” katanya pada mesyuarat peringkat tinggi mengenai jurang dan halangan yang dihadapi negara berpendapatan sederhana dalam pelaksanaan Agenda 2030 bagi Pembangunan Lestari.

Negara berpendapatan sederhana melindungi 70 peratus penduduk dunia dan memperbaiki keadaan hidup yang kritikal.

“Pertumbuhan lestari dan boleh diramal adalah penting bagi membangunkan dasar-dasar fiskal,” kata Espinosa sambil menambah bahawa negara berpendapatan sederhana memerlukan pelaburan yang bertanggungjawab serta komitmen sosial yang menghormati hak-hak asasi manusia, peraturan alam sekitar dan norma-norma fiskal. – Bernama