Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Hapuskan stereotaip dalam iklan permainan kanak-kanak

    OVIEDO, SEPANYOL, 1 DIS – Sepanyol pada hari ini menguat kuasa kod tingkah laku baharu yang bertujuan menghapuskan stereotaip jantina dalam iklan mainan kanak-kanak.

    Pengiklan di Sepanyol bersedia menghentikan amalan kebiasaan seperti memasarkan anak patung secara eksklusif kepada kanak-kanak perempuan atau kereta hanya kepada kanak-kanak lelaki, lapor agensi Anadolu.

    “Matlamatnya adalah agar iklan alat mainan menjadi lebih tepat dan membina … dan iklan menggunakan bahasa yang inklusif serta memberi contoh positif bagi menggalakkan penggunaan yang sihat, bertanggungjawab dan mampan,” menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan Sepanyol.

    Kod baharu itu dirangka berdasarkan tinjauan oleh kerajaan terhadap iklan kanak-kanak pada 2020, yang mendapati bahawa iklan mainan dipenuhi stereotaip jantina. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...