Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Haqiem elak COVID-19 sebelum AJL 36

    Bagi memastikan kesihatan kekal baik dan mengelak diri daripada jangkitan COVID-19, finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36, Haqiem Rusli, 23, akan menjalani latihan di rumah sahaja.

    Tempoh dua minggu sehingga malam kemuncak AJL 36 pada 6 Mac ini adalah masa yang sangat penting buatnya, justeru cuba mengelak terkena jangkitan COVID-19.

    “Buat masa sekarang, saya hanya duduk di rumah dua minggu. Bimbang jika terkena jangkitan, jadi sukar buat persembahan di pentas AJL 36.

    “Cuma, saya terpaksa keluar jika ada kerja penting, namun mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

    “Sebolehnya saya mahu elak jangkitan apabila tarikh AJL 36 semakin hampir. Sekarang angka jangkitan kian memuncak dan ramai rakan artis disahkan positif, sekali gus membuatkan saya kena lebih berhati-hati apabila bertemu orang,” katanya. Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia enggan menyusahkan banyak pihak jika terkena COVID-19.

    Bagi memastikan kesihatan kekal baik dan mengelak diri daripada jangkitan COVID-19, Haqiem Rusli akan menjalani latihan di rumah sahaja. – Agensi

    “Sudah tentu akan menyusahkan ramai pihak. Jadi, buat masa ini saya lebih selesa duduk di rumah dan menjaga stamina dengan bersukan, berenang, berlari serta menjalankan latihan vokal,” katanya.

    Penyanyi yang diangkat Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 itu berkata, dia tidak sabar membuat persembahan pada malam kemuncak AJL 36 kerana rindu muncul di pentas besar.

    Tambah Haqiem, ia kali pertama berjaya memboloskan diri di pentas AJL menerusi dua lagu.

    “Sebelum ini, saya layak ke AJL dengan satu lagu dan ini kali pertama saya tampil dengan dua lagu iaitu Mimpi dan Lara. Saya teruja dan akan memberikan persembahan terbaik,” katanya.

    Mengulas harapan menerusi lagu Mimpi, Haqiem tidak menafikan menyimpan harapan menang, bagaimanapun lebih mengharapkan agar dapat memberikan persembahan diingati ramai. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...