Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Haqiem tidak izin isteri bergelar penyanyi rap?

    Video penyanyi Haqiem Rusli berduet bersama isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri yang tular menyanyikan lagu Pink Venom nyanyian kumpulan K-Pop sensasi, Blackpink hanya sekadar suka-suka.

    Haqiem berkata, ia berlaku secara spontan ketika showcase Malam Mimpi Haqiem Rusli di Panggung Asia, Gombak, baru-baru ini.

    Bagaimanapun, penyanyi lagu Mimpi itu menyangkal dakwaan ingin mengetengahkan isterinya dalam bidang nyanyian pula.

    “Isteri tidak boleh menyanyi. Dalam video itu, isteri hanya sekadar menyanyi rap.

    “Kami juga berduet sekadar suka-suka. Biarlah saya seorang sahaja bergelar penyanyi, isteri lebih baik fokus kepada perniagaan,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas teguran pemakaian isterinya yang agak ketat, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-33 itu menerima teguran dengan hati terbuka, malah tidak melatah jika teguran demi kebaikan.

    “Saya menerima teguran dengan berlapang dada. Bagi saya, teguran baik kenapa perlu melatah?

    “Insya-Allah, isteri akan lebih menjaga penampilannya selepas ini,” katanya. – Agensi

    Haqiem berlapang dada menerima teguran warganet mengenai penampilan Anis Sofea, malah tidak melatah demi kebaikan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...