Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Harapan baharu untuk pekerja diberhentikan

    KUALA LUMPUR, 6 FEB – Capital A Bhd mengambil semula pekerjanya yang terpaksa diberhentikan pada 2020 melalui anak syarikatnya airasia grocer, sebuah platform beli-belah runcit dalam talian yang memadankan petani tempatan dan peniaga runcit dengan pengguna.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) airasia grocer, Joanna Ibrahim berkata, airasia grocer merupakan cabang penghantaran barangan runcit bagi aplikasi airasia super app (sebelum ini dikenali sebagai airasia farm).

    Airasia farm ditubuhkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun 2020, didukung oleh airasia Digital serta disokong Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

    Beliau berkata matlamatnya adalah menangani isu pembaziran hasil segar yang disebabkan oleh gangguan logistik.

    “Dua pertiga daripada kakitangan airasia grocer adalah daripada syarikat penerbangan dan yang sebelum ini memegang pelbagai jawatan berkaitan dengan ruang penerbangan.

    “Kami mengutamakan pengambilan pekerja daripada kalangan bekas pekerja untuk menyertai pasukan kami kerana kami percaya segala-galanya boleh dilakukan dengan bekas anak-anak kapal AirAsia yang mempunyai pelbagai bakat dan budaya yang unik selain berani menyahut cabaran baharu,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...