Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Harapan Barca tewaskan Bayern

-

MADRID, 7 DIS – Barcelona akan mengharapkan keajaiban apabila pasukan kendalian Xavi Hernandez memburu kemenangan di laman lawan menentang Bayern Munich esok untuk membawa pasukan mara ke pusingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Empat minggu selepas pelantikan Xavi, Barca mengalami kekalahan pertama di bawah kendalian pengurus baharu Sabtu lalu dan ketika pemain Real Betis, Juanmi meraikan gol di Camp Nou, ia terasa bagaikan harapan tersebut mula pudar.

Xavi tiba sebagai bekas pemain tengah ikonik dan simbol kepada pengembalian nilai dan prinsip pasukan yang telah lenyap.

Segelintir orang tidak bersetuju bahawa Xavi memerlukan masa untuk menukar Barcelona kepada pasukan pencabar semula, lebih-lebih pemenang untuk anugerah besar.

Namun mereka berharap dia dapat mengemudi semula pasukan selepas kekalahan di tangan Real Betis, pasukan bimbingan Manuel Pellegrini dengan kumpulan pemain berbakat tetapi berkemungkinan menamatkan saingan di kedudukan lapan teratas La Liga.

Seperti yang mereka jangka bahawa Barcelona mungkin akan menang bulan lepas ke atas Benfica di laman sendiri, satu keputusan yang boleh menyebabkan perlawanan menentang Bayern pada Rabu menjadi sia-sia, dengan menjamin kemaraan ke saingan 16 kelompok terakhir.

Barcelona sekarang ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu La Liga Real Madrid, dan sementara mereka mengejar 13 mata dengan memenangi satu perlawanan, namun ia terasa hampir tidak berguna untuk bertanding sekarang. – AFP

Reaksi jurulatih Barcelona Xavi dalam perlawanan La Liga Sepanyol di antara Barcelona dan Real Betis di stadium Camp Nou, Sepanyol pada 4 Disember 2021. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -