Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

Harapan dan cita-cita dalam bidang seni di London

LONDON – Kebanyakan mereka berumur di awal 20-an dan pada satu hari, mereka kelihatan sedang menyanyi dan menari di atas sebuah pentas di West End yang terkenal di London.

Namun bagi sekumpulan pelajar di salah sebuah sekolah drama utama di Britain, mereka terpaksa menempuh satu perjalanan yang melelahkan untuk mendapatkan kemashyuran. Pertama, mereka terpaksa memenangi tempat yang sangat berharga di sekolah drama di mana beberapa nama besar dunia terpaksa bertindak untuk mengasah bakat-bakat mereka.

Beribu-ribu pelajar sentiasa mengharap untuk memasuki salah sebuah sekolah drama setiap tahun di negara itu namun hanya berpuluh-puluh tempat boleh diisi di Teater Pemuzik Muzikal di Royal Central School of Speech and Drama.

“Kami tidak akan dapat menawarkan tempat melainkan kita melihat betul-betul bakat mereka dalam seni,” kata pemimpin kursus Wendy Gadian kepada wartawan AFP. “Kita perlu melihat benar-benar emas dan bakat yang mentah,” tambah Wendy lagi kepada media.

Medan mengasah bakat seni dari Abbey Road Studios itu merupakan sebuah ikonik di utara barat London malah sekolah tersebut dikenali sebagai pusat seni dan telah ditubuhkan pada tahun 1906 dan semenjak itu, pusat tersebut terkenal dengan reputasi global yang hebat.

Beribu-ribu pelajar sentiasa mengharap untuk memasuki salah sebuah sekolah drama setiap tahun di negara itu. – AFP
Beribu-ribu pelajar sentiasa mengharap untuk memasuki salah sebuah sekolah drama setiap tahun di negara itu. – AFP

Judi Dench, Vanessa Redgrave dan Martin Freeman belajar di sekolah seni itu di mana wartawan AFP mengikuti beberapa pelakonnya yang baru dengan penuh semangat untuk muzikal selama beberapa bulan kerana mereka telah melangkah ke peringkat seterusnya dan juga sebagai persiapan mereka untuk memenuhi audisi seterusnya.

Vokal yang meletihkan

Dalam sebuah studio, satu latihan telah dijalankan disebelah petang dan dianggarkan kira-kira 30 pelajar telah mengikuti latihan itu. Latihan itu merangkumi penyesuaian muzik novel 1929 oleh Vicki Baum. “Mari kita lakukan lagi,” suara daripada pengarah dan kelihatan para pelajar berpeluh melakukan latihan dengan ketepatan iringan bunyi piano.

Manakala semasa rehat, beberapa penasihat muzik cuba menasihati beberapa pelajar sementara yang lain minum dari botol air dan bersandar di dinding studio. “Ia sangat meletihkan dan ia agak sukar untuk melakukan perkara yang tepat malah ia dicuba beberapa kali dan mendalaminya lagi,” kata Elliot Wooster yang berusia 21 tahun kepada wartawan AFP.

Menghadapi latihan selama 40 jam setiap minggu selama tiga tahun, para pelajar mesti menguasai pelbagai kemahiran untuk membantu mereka bertahan dalam industri yang sangat kompetitif. Sekolah ini menawarkan pelbagai kursus dalam segala bidang seni dan sekali gus dipertandingkan untuk peringkat persaingan.

Malam gala

Seminggu selepas latihan ‘Grand Hotel’, para tetamu dihidangkan dengan hidangan mewah terutama di malam gala. Diadakan di sebuah teater besar Central, persembahan ini akan menyusuri kehidupan tetamu hotel yang mewah dalam dua dunia. Wooster akan muncul sebagai tukang pantak dalam pengeluaran. Menggambarkan peranannya sebagai seorang penari dan penyanyi, Lizzie Dewar mengakui, “Betul bagaimana saya membayangkan pekerjaan masa depan saya. Ia bukan pilihan yang mudah tetapi jika anda cukup minat dan mencintai, itu satu-satunya perkara yang anda boleh lakukannya.”

Dalam sebuah studio, satu latihan telah dijalankan disebelah petang dan dianggarkan kira-kira 30 pelajar telah mengikuti latihan itu. – AFP
Dalam sebuah studio, satu latihan telah dijalankan disebelah petang dan dianggarkan kira-kira 30 pelajar telah mengikuti latihan itu. – AFP
Medan mengasah bakat seni dari Abbey Road Studios itu merupakan sebuah ikonik di utara barat London malah sekolah tersebut dikenali sebagai pusat seni dan telah ditubuhkan pada tahun 1906. – AFP
Medan mengasah bakat seni dari Abbey Road Studios itu merupakan sebuah ikonik di utara barat London malah sekolah tersebut dikenali sebagai pusat seni dan telah ditubuhkan pada tahun 1906. – AFP

Di atas panggung, para pelakon muda menunjukkan kematangan artistik mereka, meninggalkan sedikit rasa iri terhadap bintang-bintang yang mereka harapkan pada satu hari nanti akan bertemu atau menggantikan mereka. Untuk mencari bintang masa depan, profesional industri kerap menonton persembahan di Central dan dijemput untuk mengambil salinan CV para pelajar di penghujung persembahan.

Kegembiraan dan ketakutan

Akhir tahun akademik yang menghampiri bulan Jun nanti, para pelajar mula mengetuk pintu-pintu teater di London di mana industri yang berkembang akan berupaya menghasilkan sekitar AS$833 juta pada tahun lepas. West End bersaing dengan Broadway New York untuk tajuk sebuah pementasan global muzik di teater-teater London seperti ‘Les Miserables’, ‘Mama Mia’ dan ‘Matilda’.

Namun sebelum para pelajar pusat dapat mencapai ketinggian yang tinggi, mereka mesti bersedia untuk proses uji bakat yang sangat meletihkan.

Stephen Crockett, seorang pengarah lakonan yang berpengaruh di London di bawa masuk untuk memberi mereka pengalaman yang baik sebelum melangkah ke uji bakat. “Tidak ada keselesaan, berjalan ke bilik itu kerana ia dipenuhi dengan orang yang tidak dikenali dan anda perlu menunjukkan kebolehan anda dalam masa tiga atau lima minit,” tambahnya kepada media AFP.

Pengarah meneliti dan mengambil nota setiap pelajar yang melangkah ke hadapan untuk menyanyi dua buah lagu. Dia memberi amaran kepada mereka terhadap lirik yang salah. Lewis Murphy menyampaikan persembahan yang hebat dengan lagu ‘Stand By Me’ oleh Ben E King. Tidak lama lagi beliau akan meninggalkan Central End untuk melangkah seterusnya dalam bidang seni di negara itu malah beliau telah berjaya mengatasi keraguan ayahnya tentang kerjaya yang dipilihnya itu.

“Buat masa ini, saya mempunyai perancangan yang besar khususnya terhadap seni yang saya bina namun dalam masa yang sama, saya juga merasa takut. Dan kerana sebab itu, ia menjadikannya lebih unik dan terbaik,” tambah Lewis mengakhiri temu ramah bersama media. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -