Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Harapan Leclerc menang GP Belanda musnah

    ZANDVOORT, BELANDA, 2 SEPT – Charles Leclerc pada Khamis meminta ketetapan yang jelas untuk menghalang pemandu membaling visor ‘koyak’ di atas trek semasa perlumbaan, selepas harapannya untuk mencatat kejayaan di Belgium musnah akibat penyingkiran Max Verstappen.

    Bercakap kepada pemberita menjelang Grand Prix Belanda hujung minggu ini, ia adalah perlumbaan kedua dalam acara trio di Eropah dalam kejohanan tahun ini, pemandu Ferrari itu menjelaskan dia tidak menyalahkan pesaingnya.

    Hujung minggu lalu, visor yang dijatuhkan oleh juara dunia Red Bull dan pendahulu siri perlumbaan berakhir memasuki saluran brek Ferrari, menyebabkan brek menjadi terlalu panas.

    Ia seterusnya membawa kepada pemberhentian awal yang memusnahkan harapan Leclerc untuk memperoleh kemenangan yang amat diperlukannya.

    Verstappen, dari petak ke-14, menang dengan bergaya untuk mendahului rakan sepasukannya Red Bull, Sergio Perez dengan 93 mata dan Leclerc dengan 98 mata.

    “Jelas sekali, saya tidak marah dengan Max, tidak sama sekali,” tegas pemandu Monegasque berusia 24 tahun itu. – AFP

    Charles Leclerc tiba di litar menjelang perlumbaan Formula Satu Grand Prix Belanda di litar perlumbaan permotoran Zandvoort pada 1 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...