Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harapan punah cari anggota bomba terperangkap

    TEHRAN, 20 Jan – Para pegawai Iran berkata hari ini mereka berasa putus harapan untuk menarik keluar mana-mana mangsa dari runtuhan bangunan tinggi Tehran di mana sekitar 20 anggota bomba dikhuatiri telah terkorban.

    Pekerja penyelamat, askar-askar dan anjing penghidu masih lagi terdesak mencari-cari mangsa di bawah runtuhan bangunan Plasco 15 tingkat di perbandaran Tehran, yang runtuh kelmarin selepas kebakaran empat jam.

    Namun sisa-sisa yang masih membara dan asap telah menghambat lagi proses pencarian, dan sejauh ini tidak ada mangsa atau mayat telah ditemui.

    “Sepertinya kami tidak dapat menarik keluar sesiapa pun hidup-hidup dari runtuhan itu,” kata ketua pusat pengurusan krisis Tehran, Esmail Najjar, memberitahu agensi berita ISNA.

    “Matlamat kami adalah untuk mendapatkan mangsa terkorban tanpa menyebabkan sebarang kerosakan kepada badan mangsa,” tambahnya.

    Kakitangan kecemasan Iran mencari mangsa menerusi serpihan bangunan Plasco 15 tingkat yang runtuh pada hari sebelumnya, pada 20 Januari, di bandar Tehran. – AFP
    Kakitangan kecemasan Iran mencari mangsa menerusi serpihan bangunan Plasco 15 tingkat yang runtuh pada hari sebelumnya, pada 20 Januari, di bandar Tehran. – AFP

    Bangunan Plasco merupakan bangunan tertinggi paling lama Iran dan menempatkan pusat beli-belah dan ratusan pembekal pakaian.

    “Pemindahan serpihan runtuhan adalah jauh lebih sukar daripada memindahkan serpihan runtuhan daripada gempa bumi besar kerana kami sedang berdepan dengan kebakaran, asap dan kekurangan oksigen,” kata pegawai Palang Merah, Morteza Moradipour.

    “Masih tidak jelas berapa ramai yang terperangkap di bawah runtuhan malah tidak seorang pun belum lagi ditarik keluar,” tambah pengarah perkhidmatan kecemasan Tehran, Pir Hossein Koolivand.

    Warga Iran berasa amat terkejut dengan kehilangan ramai anggota bomba.

    “Jika anggota bomba tidak berada di sana tepat pada masanya, jika mereka tidak mengarahkan orang ramai keluar, kita mungkin berdepan dengan ratusan orang yang terlibat dalam runtuhan itu daripada sebaliknya seramai 20 anggota bomba,” kata jurucakap briged, Jalal Maleki. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda