Harapan sertai Kejohanan Olahraga Dunia terpaksa ditangguhkan

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Negara Brunei Darussalam terpaksa meneruskan penantian bagi kemungkinan penyertaan dalam Kejohanan Olahraga Dunia di Oregon, Amerika Syarikat, selepas tarikh yang baru diumumkan dari 15 hingga 24 Julai 2022.

Kejohanan pada mulanya dijangka diadakan pada 6 hingga 15 Ogos tahun hadapan terpaksa ditunda berikutan penundaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 disebabkan oleh pandemik koronavirus.

Negara Brunei Darussalam sangat aktif menghantar kontinjen ke acara dwitahunan sejak tahun 2009 di Berlin, terutamanya dalam acara larian pecut.

Pelari pecut Negara Brunei Darussalam, Mohd Noor Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Mohd Idris, mewakili negara dalam dua edisi lepas di Doha pada tahun lalu dan di London pada tahun 2017, sementara Mohd Fakhri Ismail turut serta bertanding di Beijing pada tahun 2015.

Selepas berjaya meraih pingat perak di Terbuka Singapura pada bulan Mac lalu, pemegang rekod 200m kebangsaan itu telah meneruskan momentum dalam Olahraga Asia beberapa bulan kemudian di mana dia berjaya mara ke pusingan separuh akhir di kedua-dua kategori 100m dan 200m.

Wakil Negara Brunei Darussalam meneruskan penantian bagi menyertai Kejohanan Olahraga Dunia di Oregon, Amerika Syarikat, selepas ditunda kepada 15 hingga 24 Julai 2022. – Agensi

Negara Brunei Darussalam berjaya melangkah ke peringkat dunia lima tahun lalu setelah Mohd Fakhri berjaya layak ke pusingan awal selepas mencatat masa 10.73 saat di pusingan pendahuluan Kejohanan Dunia.

Pencapaiannya ke pusingan awal telah memberikan dia peluang yang jarang untuk bertanding dengan ikon pelari pecut, Usian Bolt.

Pertemuan dunia adalah puncak bagi atlet negara, yang sama pentingnya seperti Olimpik, Kejohanan Olahraga Asia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Asia Tenggara (SEA).

Kejohanan utama yang terakhir disertai oleh Negara Brunei Darussalam adalah dalam Sukan SEA di Manila, Filipina, pada bulan Disember lalu.

Dengan Sukan Komanwel dan Sukan Asia akan berlangsung dalam tahun yang sama, penundaan Kejohanan Dunia mungkin akan menyebabkan lebih ba-nyak acara sukan akan diadakan di negara ini, untuk memilih calon-calon yang berpotensi sebagai kontinjen negara. Sementara itu, Kejohanan Padang dan Balapan Terbuka Singapura 2020 kali ke-82 di Hab Sukan Singapura, Singapura, telah dibatalkan bulan lalu disebabkan pandemik COVID-19.

Kejohanan Olahraga Dunia dianjurkan oleh Olahraga Dunia, badan pengurusan antarabangsa bagi olahraga.