Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Harapan United julang trofi punah

    MANCHESTER, 16 MAC – Atletico Madrid menambah derita Manchester United yang beraksi hambar pada musim ini selepas tandukan Renan Lodi melayakkan juara Sepanyol itu ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dengan kemenangan 1-0 di Old Trafford untuk mara dengan agregat 2-1.

    Pemain bek sayap Brazil itu tidak dikawal empat minit sebelum separuh masa untuk melenyapkan peluang untuk meraih trofi pada musim ini selepas kemarau kejuaraan sejak 2017.

    United kini berhadapan tugasan sukar untuk kembali bermain di Liga Juara-Juara musim hadapan selepas persembahan pasukan yang kurang memberangsangkan dipenuhi oleh pemain bintang dan ketika ini menduduki tangga kelima di Liga Perdana Inggeris.

    Atletico turut bergelut untuk menembusi kedudukan empat teratas La Liga musim ini.

    Tetapi pengalaman anak buah Diego Simeone di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara memberikan mereka kelebihan untuk melangkah ke kelompok lapan pasukan terakhir buat kali keenam dalam tempoh sembilan musim.

    Cristiano Ronaldo sering kali menghampakan Atletico di Liga Juara-Juara, dua kali menerima kekalahan di pentas akhir ke atas Real Madrid dan menjaringkan hatrik untuk Juventus untuk bangkit daripada defisit 2-0 di peringkat yang sama tiga tahun lalu.

    Walau bagaimanapun, pasukan Simeone akhirnya berjaya mengalahkan yang diwakili oleh pemain berusia 37 tahun selepas dia gagal memberikan sebarang impak semasa pertemuan.

    Anthony Elanga turun dari bangku simpanan untuk menyelamatkan satu mata dalam keputusan seri 1-1 di ibu kota Sepanyol tiga minggu lalu, dan remaja Sweden itu tidak bernasib baik untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-13.

    Atletico berkubu di bahagian sendiri semasa 15 minit awal perlawanan, tetapi memberikan ancaman setiap kali mereka berjaya membuat hantaran untuk melakukan serangan balas. – AFP

    Pemain Atletico Madrid meraikan gol dalam perlawanan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Old Trafford, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...