HOUSTON, 17 Julai – James Harden (gambar) yang baru-baru ini menandatangani kontrak termahal dalam sejarah NBA, berkata dia mahu kekal bersama Houston Rocket ‘selamanya’.
Pemain dari AS berusia 27 tahun itu, minggu lalu bersetuju dengan lanjutan kontrak maksimum empat tahun yang bermakna dia akan memperoleh AS$228 juta dalam tempoh enam musim seterusnya dalam NBA sehingga 2022-23.
“Saya tahu di mana ‘rumah’ saya,” kata Harden. “Saya tahu di mana saya mahukan. Saya tahu di mana mahu untuk bersara dan di mana saya mahu memenangi kejohanan. Segalanya akan berlaku di sini di Houston, dan ia adalah alasan mengapa saya di sini untuk selamanya.”
Ditanya bagaimana dia merasakan untuk memiliki kontrak teratas liga, Harden menjawab, “Ia menarik. Saya bekerja keras. Tetapi ia tidak akan bermakna tanpa menjuarai kejohanan. Sebab itu saya berada di gim setiap hari, dan saya tidak akan berhenti sehingga saya mendapatkannya.”
Rockets menandatangani Harden bagi lanjutan itu meskipun tidak beraksi dalam siri playoff penamat musim pasukan Rockets menentang San Antonio Spurs.
Dalam perlawanan kelima separuh akhir Western Conference, Harden mempamerkan persembahan lesu dan perlawanan keenam adalah lebih teruk. Dia menyudahkan dengan 10 mata, tujuh asis dan enam ‘turnover’ dalam perlawanan penyingkiran ketika mereka tewas 4-2 dalam siri itu. Ia meletakkan perbezaan ketara dengan perkadaran musimnya 29.1 mata, 11.2 asis dan 8.1 ‘rebound’ bagi setiap perlawanan yang membawanya dinamakan bagi calon penerima NBA MVP.
Pasukan Rocket mendapatkan Harden pada 2012 dan membangunkan francais disekitarnya, Dia adalah seorang bintang dalam lima musimnya di Houston.
Jika persembahan playoff Harden adalah sebahagian dari serpihan yang hilang, jadi Rockets berharap untuk memperbaikinya dengan penandatangan bulan lalu ke atas pemain pertahanan all-star sembilan kali, Chris Paul.
“Anda bekerja keras sepanjang kerjaya anda jika anda menjadi diri saya untuk mendapatkan pemain berkaliber seperti James dan sekarang Chris. Kami merasa teruja,” kata pengurus besar, Daryl Morey. – AFP