Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harden julang Rockets benam Cavs

    LOS ANGELES, 13 Mac – James Harden menjaringkan 38 mata ketika Pasukan Houston Rockets mengejutkan LeBrons James dan pasukan Cleveland Cavaliers dengan kemenangan 117-112 semalam.

    Harden mendahului jaringan dan melengkapkan ‘triple-double’ ke-16 musim ini dengan 10 ‘rebound’ dan 11 asis ketika Rockets memperbaiki kedudukan kepada 46-21 untuk mengukuhkan cengkaman mereka di tangga ketiga dalam kedudukan Western Conference.

    Harden adalah salah seorang daripada enam pemain Houston untuk menghasilkan jaringan dua digit, dengan Ryan Anderson adalah penjaring terbanyak seterusnya dengan 16 mata, sementara itu Patrick Beverley dan Eric Gordon kedua-duanya masing-masing menjaringkan 13 mata.

    Cleveland, yang tercicir kepada 43-22, bergantung ke atas James dan Kyrie Irving untuk memberikan kutipan mata.

    James menerajui jaringan bagi Pasukan Cavs dengan 30 mata sementara Irving dengan 28 mata.

    James Harden (13) dari Houston Rockets ketika cuba menjaringkan mata, sementara dua pemain Cleveland Cavaliers cuba menghalangnya. – AP
    James Harden (13) dari Houston Rockets ketika cuba menjaringkan mata, sementara dua pemain Cleveland Cavaliers cuba menghalangnya. – AP

    Hanya seorang lagi pemain Cleveland iaitu Richard Jefferson dengan 16 mata, menghasilkan jaringan dua digit dalam perlawanan yang diadakan di Toyota Center, Houston.

    Dengan pengecualian terhadap James dan Irving, barisan Pasukan Cavs dilihat menerima kesan keletihan dari perlawanan Sabtu lalu di Orlando, di mana tidak kurang daripada tujuh pemain mencatatkan jaringan dua digit.

    Persembahan luar biasa Harden jelas mengembalikan laluan persaingan keempat Houston.

    Sebelas mata yang dihasilkan oleh pemain berusia 27 tahun itu pada suku ketiga adalah penting ketika Houston menghilangkan defisit sembilan mata pada separuh masa pertama untuk mengembalikan Rockets kembali dalam perlawanan.

    Perlawanan berkualiti menyaksikan kedua-dua buah pasukan berbalas-balas jaringan jarak jauh pada suku pembukaan perlawanan.

    Cleveland dilihat mengukuhkan cengkaman mereka ke atas perlawanan itu dengan lontaran yang menyaksikan mereka menghasilkan enam ‘three-pointer’ berturut-turut. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda