Harden terus ‘pacu’ Rockets

LOS ANGELES, 12 Feb – James Harden menghasilkan jaringan lewat untuk melanjutkan jaringan 30 mata kepada 30 perlawanan awal pagi tadi ketika Houston Rockets membenam Dallas Maverick 120-114.

Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA itu berusaha untuk menjadi pemain kedua dalam sejarah selepas Wilt Chamberlain menjaringkan sekurang-kurangnya 30 mata dalam 30 perlawanan berturut-turut ketika Rockets menjadi tuan rumah kepada pasukan Mavs.

Tetapi rekod Harden itu dilihat berada dalam kedudukan berbahaya selepas persembahan menarik dari Mavericks, yang kerap menyaingi pemain ace Rockets dalam usaha untuk mengekang keupayaan jaringannya.

Dengan perlawanan hanya berbaki tiga minit, Harden dilihat dalam bahaya dengan hanya mengutip 20 mata.

Bagaimanapun, jaringan three pointer berturut-turut yang dihasilkannya membawanya kepada 26 mata dengan perlawanan berbaki hanya 1:57, dan dia kemudian melonjak kepada 28 mata selepas dua lontaran bebas dengan hanya berbaki satu minit.

Maximilian Kleber (kiri) cuba membuat jaringan sambil dikawal oleh bintang Rockets, Harden semasa perlawanan NBA di Houston. – AP

Dengan penonton di Toyota Center memberikannya sokongan, Harden mengatasi 30 mata dengan three pointer bagi menamatkan perlawanan dengan 31 mata pada malam itu.

Harden sekarang hanya ketinggalan satu perlawanan dari jumlah 31 perlawanan berturut-turut dengan 30 mata yang dicatatkan Chamberlain bagi menghuni tangga kedua dalam senarai sepanjang masa.

Chamberlain juga memegang rekod dengan 30 mata bagi 65 perlawanan. Harden kemudian bercakap mengenai kepuasannya menyertai Chamberlain sebagai satu-satunya pemain yang mencapai 30 mata dalam 30 perlawanan.

“Ia adalah salah satu yang terbaik untuk menyentuh bola keranjang,” kata Harden. “Ia adalah satu penghormatan untuk dikaitkan dalam perbincangan itu.

“Jelas saya masih lagi jauh tetapi ia baru permulaan. Hanya untuk cuba mengekalkannya.”

Kepuasan utama Harden adalah dalam membantu menyelamatkan kemenangan bagi Houston, yang mencatatkan kedudukan kepada 33-23 dan dengan kemenangan itu, Rockets kekal dalam pemburuan playoff dalam Western Conference.– AFP