Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Harga bahan api, rumah dorong lonjakan inflasi Australia

    CANBERRA, 31 MEI – Menurut data yang diterbitkan oleh Biro Perangkaan Australia (ABS) hari ini, kadar inflasi Australia meningkat sebanyak 6.8 peratus dalam tempoh setahun hingga April.

    Ia dibandingkan dengan peningkatan 6.3 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Mac, tetapi kekal lebih rendah daripada 8.4 peratus yang dicatatkan pada Disember 2022.

    Kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan harga bahan api selepas tamatnya pemotongan sementara cukai eksais bahan api kerajaan.

    “Harga bahan api automotif meningkat 9.5 peratus pada bulan ini berbanding April 2022 apabila harga jatuh berikutan pemotongan 22 sen seliter dalam eksais bahan api yang diperkenalkan pada 30 Mac 2022,” kata Michelle Marquardt, ketua statistik harga ABS, dalam satu kenyataan media.

    Dalam tempoh yang sama, harga perumahan, makanan dan pengangkutan semuanya meningkat lebih 7 peratus.

    Harga kediaman baharu meningkat 9.2 peratus, angka tahunan terkecil sejak Februari 2022 apabila kos bahan binaan terus jatuh berikutan pandemik COVID-19. – Xinhua

    Kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan harga bahan api. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...