Harga emas tinggi, penduduk Thailand jual barang kemas

BANGKOK, 15 APRIL – Penduduk Thailand berduyun-duyun ke Chinatown, Bangkok untuk menjual barangan kemas ketika harga emas melambung dan ekonomi merosot akibat pandemik koronavirus.

Emas meningkat kepada tujuh tahun tinggi kelmarin kepada AS$1,731.25 untuk satu auns, berikutan langkah global yang didahului oleh AS untuk mengapungkan semula ekonomi dengan langkah rangsangan trilion dolar.

Ia telah merangsang harga emas di seluruh dunia, memikat ramai orang untuk menjual simpanan logam berharga itu ketika ekonomi suram tanpa kelaziman baru-baru ini.

Ramai penduduk Thailand membeli barangan kemas sebagai pelaburan pada zaman mewah, untuk dijual apabila harga tinggi atau waktu berjimat cermat.

Di Bangkok, di mana perintah berkurung virtual telah dilanjutkan selama dua minggu, ratusan berduyun-duyun ke Yaowarat, Chinatown Bangkok, untuk menjual gelang, rantai dan cincin kepada wang tunai ketika harga emas melonjak lebih 20 peratus. “Saya tidak mempunyai simpanan jadi saya memutuskan menjual emas yang saya ada bagi mendapatkan wang tunai untuk saya menyara hidup buat masa ini,” kata Thanakorn Promyuyen, seorang penjual jalanan yang berusia 39 tahun memberitahu AFP. Para pedagang telah membeli puluhan juta dolar nilai emas sejak kelmarin, menurut Jitti Tangsitpakdi, pengerusi persekutuan perdagangan. – AFP

Orang ramai memakai penutup hidung dan muka di tengah-tengah kebimbangan penularan COVID-19 semasa datang ke kedai emas untuk menjual barangan kemas di Chinatown, Bangkok pada 15 April. – AFP