Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Harga gandum melonjak

    PARIS, 16 MEI – Harga gandum mencecah rekod tinggi hari ini selepas India memutuskan untuk melarang eksport komoditi tersebut ketika gelombang haba menjejaskan pengeluaran.

    Harga melonjak kepada 435 euro (AS$453) satu tan ketika pasaran Eropah dibuka.

    Harga gandum global telah meningkat disebabkan kebimbangan bekalan sejak serangan Rusia ke atas Ukraine pada Februari lalu, yang sebelumnya menyumbang kepada 12 peratus daripada eksport gandum dunia.

    Kenaikan itu, diburukkan lagi oleh kekurangan baja dan hasil yang berkurangan, telah mencetuskan inflasi di seluruh dunia sekali gus menimbulkan kebimbangan berlakunya kebuluran dan pergolakan sosial di negara-negara lebih miskin.

    India, pengeluar gandum kedua terbesar dunia, pada Sabtu lalu melarang eksport komoditi itu selepas mencatatkan suhu paling panas pada Mac.

    Kerajaan India mengatakan faktor-faktor seperti pengeluaran lebih rendah dan harga global yang lebih tinggi, mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan makanan untuk 1.4 bilion penduduknya.

    Perjanjian eksport yang dimeterai sebelum arahan dikeluarkan pada 13 Mei masih boleh dilunaskan tetapi hantaran masa depan memerlukan kelulusan kerajaan.

    Bagaimanapun, eksport juga mungkin dibenarkan sekiranya New Delhi meluluskan permohonan daripada kerajaan lain ‘demi memenuhi keperluan makanan negara tersebut’.

    India, yang memiliki stok penampan, berkata sebelumnya ia bersedia untuk membantu mengisi beberapa kekurangan bekalan yang berpunca daripada perang Ukraine. –AFP

    Gambar fail bertarikh 12 April 2022 menunjukkan petani India menuai gandum di pinggir bandar Amritsar, utara Punjab, India. Negara itu memutuskan melarang eksport komoditi itu selepas gelombang haba menjejaskan pengeluarannya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...