NEW YORK, 20 JULAI – Harga gasolin Amerika Syarikat (AS) menurun dari paras tertinggi dalam sejarah pada awal musim panas ini, kemerosotan harga yang ditekankan oleh Rumah Putih itu sebagai petanda pengurangan inflasi.
Presiden Joe Biden, yang telah melihat kepimpinannya mulai terjejas di tengah-tengah tekanan harga yang paling teruk dalam beberapa dekad, beliau menggunakan platform Twitter untuk menunjukkan bahawa harga gasolin telah merudum selama lebih dari sebulan, menjimatkan kadar purata perbelanjaan pemandu kira-kira AS$25 sebulan.
“Saya tahu tambahan dolar dan sen itu bermakna. Ia adalah situasi yang melegakan,” tulis Biden dalam akaun Twitter baru-baru ini.
“Dan kami belum berunding untuk menurunkan harga,” katanya.
Sejak paras tertinggi mencecah AS$5.06 segelen pada 14 Jun lalu, harga telah merudum sejak 35 hari kebelakangan ini di tengah-tengah kekhuatiran berbanding peningkatan ekonomi dan kelonggaran dalam pasaran minyak mentah secara fizikal.
Harga gasolin sekarang berada pada kadar purata negara iaitu AS$4.495 segelen, menurun 10 peratus dari sebulan yang lalu tetapi meningkat sebanyak 42 peratus dari tahap tahun lalu, menurut Persatuan Automobil Amerika.
“Harga menurun sedikit,” kata kontraktor bebas, Rigobert Fokoua, 50.
“Saya berasa okey kerana sebelum ini saya membelanjakan sekitar AS$80 sehari tetapi hari ini saya membelanjakan AS$60 yang mana ia lebih baik dari sebelumnya,” ujarnya lagi.
Fokoua mengisi minyak di stesen minyak Maryland, Rockville, di mana harga minyak biasa bernilai AS$4.39 segelen kelmarin, menurun berbanding AS$5 pada minggu-minggu lalu.
Faktor utama dalam pengaruh semula ialah kejatuhan harga minyak mentah kerana kebimbangan bahawa ekonomi yang perlahan atau kemelesetan akan menjejaskan permintaan tenaga.
Harga minyak mentah meningkat kira-kira AS$130 setong selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang mengakibatkan kekhuatiran dalam kehilangan sumber bekalan utama semasa peningkatan permintaan. – AFP