Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Harga getah dijangka melepasi RM3.50 sekilogram

-

KUALA LUMPUR, 16 OGOS – Harga getah diunjurkan akan terus meningkat melepasi RM3.50 sekilogram akhir tahun ini dan terus berada di dalam trend menaik disebabkan permintaan yang sangat tinggi dari negara-negara pengimport.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata harga getah ketika ini adalah dalam keadaan stabil dan melebihi RM2.50 sekilogram dan pihak kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil bagi memenuhi permintaan untuk eksport.A

“Pengeluaran getah negara masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan dan pihak kementerian sedang melakukan pelbagai usaha untuk menaikkan hasil getah negara, antaranya menambah baik pengeluaran getah secara ‘estate management’.

“Ianya akan menjadikan pengurusan hasil getah negara lebih mampan dan berstruktur, ia dapat menghasilkan pengeluaran getah yang lebih tinggi,” katanya ketika majlis pelancaran Getah Antirasuah 2021-2025 (GETAR 2021-2025) di Stesen Penyelidikan RRIM Sungai Buloh di sini, hari ini.

Selain itu, Zuraida turut mengucapkan tahniah kepada Lembaga Getah Malaysia atas usaha dan kejayaan membangunkan GETAR 2021-2025. Ia merupakan sebuah pelan strategi yang penting untuk melaksanakan dasar antirasuah dalam sebuah organisasi.

Usaha tersebut bersesuaian dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan oleh kerajaan sebelum ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -