HONG KONG – Kelihatan sebuah jentera berat sedang giat melakukan sesuatu terhadap sebuah bangunan dan menimbulkan satu bunyi yang bising serta meresahkan sesetengah penduduk.
Sebuah kompleks yang terletak di puncak bukit di kawasan utara Hong Kong itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan bergelut dengan keadaan politik, ekonomi dan sosial di bandar raya berkenaan. Kompleks tersebut dibina pada tahun 1984 iaitu di mana kuasa Britain menandatangani perjanjian untuk menyerahkan Hong Kong kembali kepada kerajaan China malah kompleks ini adalah salah satu reka bentuk perintis pada masa itu, sekumpulan 22 blok pangsapuri putih yang dilengkapi dengan kelab-kelab malam, gelanggang tenis dan juga kolam renang.
Harga di Wonderland itu telah meningkat, turun dan meningkat lagi seperti hartanah di Hong Kong meningkat dengan pesatnya untuk menjadi salah satu pasaran yang paling mahal di dunia. Kekurangan kawasan perumahan mampu milik telah menjadi satu isu politik utama untuk Hong Kong kerana ia menghampiri ulang tahun ke-20 penyerahan Britain. Namun Wonderland pernah menjadi aspirasi untuk mencapai kemakmuran.
Bekas tukang jahit, Winnie Wong, kini berusia 70 tahun, membeli sebuah pangsapuri tiga bilik tidur di sana dengan suaminya pada tahun 1997, apabila Hong Kong telah dipindahkan ke China dan menjadi sebuah bandar separa autonomi. Beberapa orang penduduk telah berhijrah lebih awal daripada penyerahan itu kerana bimbang tentang Beijing memulakan sesuatu yang tidak disukai oleh para penduduk.
Wong berkata bahawa beliau sangat bimbang dan memutuskan untuk berpegang teguh. “Ayah saya pernah berkata lebih banyak anda melarikan diri, semakin sukar untuk mendapat tempat,” katanya kepada wartawan AFP. Dari tahun 1970-an, China mula membuka ekonominya, membantu mengubah Hong Kong dari hab pembuatan berorientasikan perkhidmatan pintu masuk ke tanah besar. Keluarga Wong adalah generasi seterusnya dalam sama-sama mengharungi perubahan bandar raya itu yang tersenarai sebagai sebuah bandar raya yang semakin berkembang maju.
Mereka telah membeli sebuah pangsapuri pertama mereka pada tahun 1970 dengan harga AS$5775 dan telah berpindah randah sebanyak tujuh kali sebelum kawasan kompleks itu dinaiktarafkan yang mana sekarang dianggarkan bernilai jutaan ringgit iaitu nilai yang berlipat ganda daripada sebelum ini. Kompleks yang kelihatan sangat selesa itu dihiasi dengan pelbagai karya seni dan gambar-gambar keluarga, menawarkan pemandangan hijau yang subur dan teres yang besar. “Bagi generasi saya, ia adalah lebih mudah untuk membeli rumah jika anda bekerja keras untuk memilikinya,” tambah Wong lagi kepada wartawan AFP.
Pengaruh China
Selepas sahaja mengalami peningkatan yang berterusan sepanjang tahun 1980-an dan 90-an, harga hartanah tersebut jatuh pada suku akhir tahun 1997 di mana ketika itu berlaku krisis kewangan Asia dan pasaran ekonomi merudum.
Ekonomi Hong Kong berdepan krisis pada tahun 2003 apabila wabak virus pernafasan SARS telah membunuh 299 orang di bandar raya berkenaan.
Krisis ekonomi itu telah memberikan kesan kepada kawasan itu manakala Wong cuba menyiapkan diri dengan krisis itu dan hampir 30 pemilik rumah yang berhutang terpaksa kehilangan rumah pangsa mereka antara tahun 1997 dan 2003 malah harga merosot lebih dua pertiga.
Walau bagaimanapun, terima kasih kepada pertumbuhan ekonomi China dan galakan pelancongan tanah besar, yang telah merangsang industri runcit, pasaran menaik pada tahun 2000 ke atas. Pengusaha industri dan ahli perniagaan kaya merebut kawasan pangsapuri itu kerana nilai pangsapuri itu pada satu hari nanti. Segelintir pembali di tanah besar turut membeli pangsapuri itu tetapi lebih memilih kondominium yang berprofil tinggi walaupun dengan ruang yang lebih kecil.
“Dari perspektif ekspatriat, apabila mereka melabur di tempat yang tidak biasa, maka situasi itu menandakan satu pelaburan yang semakin pulih,” kata pengurus jualan hartanah tempatan, Ken Lee kepada wartawan AFP.
Pasaran melambung
Walaupun mengalami kejatuhan dalam reka bentuk yang biasa, Wonderland Villa seperti Wong masih mencapai harga 16 juta Hong Kong malah melihat akan pembesaran pelaburan mereka dan berkemungkinan besar generasi muda merasa semakin sukar untuk membeli hartanah ketika ini.
Satu kajian telah dilakukan pada tahun 2017 dan dijalankan oleh organisasi penyelidikan Demographia terhadap sistem perumahan di bandar raya itu dan mendapati harga hartanah melebihi pendapatan isi rumah tahunan dengan beberapa kali ganda.
Lebih banyak berbanding di Sydney dan juga Vancouver. Pembeli dari tanah besar, China meletakkan modal mereka dalam hartanah Hong Kong adalah salah satu faktor yang memandu harga semakin tinggi dan lebih mahal.
Pihak kerajaan tempatan juga dituduh berpakat dengan para pemaju dan bukannya menolak untuk pembinaan lebih banyak penginapan yang berpatutan. Penduduk semakin terpaksa hidup dalam keadaan yang sempit pada kos yang semakin meningkat.
Beberapa penganalisis berkata bahawa ikrar kerajaan baru-baru ini untuk mewujudkan lebih banyak rumah akhirnya akan membawa nilai-nilai menjadi turun. “Dengan lebih banyak projek akan dilancarkan di pasaran dan meletakkan harga mereka lebih kompetitif,” kata penganalisis hartanah Joyce Kwock Nomura kepada wartawan AFP.
Penduduk di Wonderland kini kebanyakannya pesara dan penduduk yang menikmati kedudukan berhampiran dengan alam semula jadi.
Kawasan yang lapang, menghijau, persekitaran pinggir bandar berbeza dengan menara bandar baru yang memihak kepada kaca, marmar dan candelier.
Generasi keluarga Wong telah mendirikan rumah di sana, salah satu daripada anak perempuannya itu tinggal di sebuah blok kejiranan dengan keluarganya sendiri. “Kami suka akan ketenangan di kawasan ini,” tambah Wong mengakhiri temu ramah bersama pihak media. – AFP