Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Harga Ikea bakal naik tahun 2022

    STOCKHOLM, 31 DIS – IKEA akan menaikkan harganya secara purata sebanyak sembilan peratus tahun depan disebabkan gangguan bekalan yang berterusan, kata syarikat yang mengendalikan kebanyakan kedai perabot terbesar Sweden itu.

    Pengumuman dibuat kelmarin apabila kekurangan disebabkan oleh pandemik dan cabaran perkapalan meningkatkan inflasi dan melemahkan ekonomi di seluruh dunia, dengan pengguna semakin terasa kesannya.

    “Seperti kebanyakan industri lain, IKEA terus menghadapi kesulitan dalam pengangkutan dan bahan mentah yang meningkatkan kos, tanpa menjangkakan sesuatu perubahan pada masa hadapan,” kata Ingka Group, syarikat induk yang memiliki 90 peratus kedai IKEA, dalam satu kenyataan.

    Kos yang lebih tinggi ini, kebanyakannya telah dirasa di Amerika Utara dan Eropah, kini perlu ditanggung oleh pelanggan, tambahnya.

    “Purata peningkatan harga dalam Ingka Group adalah sekitar sembilan peratus di seluruh dunia, dengan variasi di seluruh negara, Ingka Group dan yang lain, mencerminkan tekanan inflasi se-tempat, termasuk isu komoditi dan rantaian bekalan,” kata Ingka Group.

    Menurut syarikat itu, pemberi francais Ikea Inter Ikea Group menyerap kos berjumlah AS$283 juta sepanjang 2021 disebabkan oleh masalah logistik itu, yang diburukkan lagi oleh pemulihan dalam permintaan selepas fasa pertama pandemik itu.

    Bulan lalu, Inter Ikea Group melaporkan kemerosotan sebanyak 17 peratus dalam keuntungan tahunan, mengaitkan kemerosotan itu kepada kenaikan mendadak dalam harga pengangkutan dan bahan mentah.

    Harga pengangkutan kontena berada pada paras rekod susulan penularan pandemik, yang telah mengganggu logistik maritim.

    Pada masa yang sama, syarikat francais di sebalik penjual perabot terbesar dunia melaporkan jualan yang lebih tinggi untuk tahun ini pada AS$29 bilion, meningkat sebanyak lapan peratus. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...