Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Harga makanan dunia capai paras tertinggi – FAO

    PARIS, 8 APRIL – Harga makanan dunia mencapai paras tertinggi pada Mac apabila pencerobohan Rusia ke atas Ukraine memberikan ‘kejutan’ kepada pasaran bijirin ruji dan minyak sayuran, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

    Gangguan dalam aliran eksport disebabkan oleh pencerobohan pada 24 Februari dan sekatan antarabangsa ke atas Rusia mencetuskan kebimbangan krisis kebuluran global, terutama di seluruh Timur Tengah dan Afrika, di mana kesannya sudah dapat dirasai.

    Rusia dan Ukraine, rantau yang mempunyai tanaman bijirin yang luas adalah antara pengeluar utama dunia, menyumbang kepada sebahag eksport global dalam beberapa komoditi penting, termasuk gandum, minyak sayuran dan jagung.

    “Harga komoditi makanan dunia menunjukkan peningkatan rekod pada Mac dan mencapai paras tertinggi, ketika peperangan di rantau Lautan Hitam menimbulkan kejutan di pasaran bagi bijirin ruji dan minyak makan,” menurut FAO dalam kenyataannya.

    Indeks harga makanan FAO, yang sudah mencatatkan kadar rekod pada Februari, melonjak 12.6 peratus bulan lalu, ‘menjadikannya peningkatan besar kepada paras tertinggi baharu sejak 1990,’ menurut agensi PBB.

    Indeks, ukuran perubahan bulanan dalam pasaran antarabangsa bagi komoditi makanan, mencatat 159.3 mata secara purata pada Mac.

    Peningkatan termasuk paras tertinggi bagi minyak sayuran, bijirin dan daging, menurut FAO, menambah harga gula dan produk tenusu ‘turut meningkat secara signifikan’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...