Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga minyak bercampur di pasaran Asia

    SINGAPURA, 28 Ogos – Harga minyak mentah bercampur dalam perniagaan Asia hari ini kerana penutupan kilang penapis di kawasan tengah minyak AS berpunca daripada ribut Harvey dihapuskira oleh permintaan global yang lembap.

    Harvey bergerak ke Pantai Teluk AS dan melanda Texas pada Jumaat sebagai hurikan Kategori 4, mencetuskan banjir dan pemindahan besar-besaran, dan mendorong banyak kilang penapis minyak dan pelabuhan ditutup. Pihak berkuasa AS berkata 22 peratus daripada pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico dihentikan, sementara pembekal maklumat tenaga global S&P Global Platts berkata kira-kira 2.2 juta tong sehari kapasiti penapisan juga terjejas.

    ExxonMobil berkata semalam ia telah menutup kompleks penapisan Baytown, yang kedua terbesar di negara. Dalam perniagaan awal tengah hari di Asia, minyak mentah Brent untuk Oktober diniagakan pada $52.57 satu tong, naik 16 sen atau 0.31 peratus.

    Minyak AS West Texas Intermediate (WTI) untuk hantaran pada Oktober mencecah AS$47.69 satu tong, merosot 18 sen, atau 0.38 peratus. Kontrak itu ditutup hampir satu peratus lebih tinggi di New York pada Jumaat tatkala Harvey bergerak ke kawasan pedalaman. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda