NEW YORK, 17 Okt – Harga minyak melonjak pada hari Isnin, berikutan pergolakan di Timur Tengah membangkitkan kebimbangan terhadap eksport di pasaran.
Pasukan keselamatan Iraq pada hari Isnin sepenuhnya menawan semula bandar Kirkuk dan menguasai bangunan kerajaan selepas tentera Kurdish menarik diri dari bandar itu, kata sumber keselamatan tempatan kepada Xinhua. Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pada hari Jumaat bahawa beliau telah memutuskan untuk menegaskan kepatuhan Iran terhadap perjanjian mercu tanda yang dicapai pada tahun 2015.
“Saya mengumumkan hari ini bahawa kami tidak boleh dan tidak akan membuat pensijilan ini,” kata Trump di Rumah Putih ketika beliau melancarkan strategi Iran yang baru dalam pentadbirannya. Penganalisis berkata pergolakan di Timur Tengah dan kemungkinan tindakan AS mengenai perjanjian nuklear Iran meningkatkan harga minyak, tatkala peniaga takut terhadap ketegangan geopolitik dapat memotong eksport minyak dari rantau ini. Di bahagian data, jumlah pelantar yang beroperasi di ladang minyak AS jatuh sebanyak 5 kepada 743 rig minggu lepas, firma perkhidmatan ladang minyak Baker Hughes berkata dalam laporan mingguannya pada hari Jumaat. – Xinhua