Harga minyak cecah rekod tertinggi

MOSCOW, 5 MAC – Harga niaga hadapan minyak Brent dan West Texas Intermediate (WTI) terus meningkat, melonjak ke tahap tertinggi sejak 8 Januari 2020, susulan keputusan OPEC+ untuk tidak meningkatkan pengeluaran, menurut data pasaran terbaharu, lapor agensi Sputnik.

Brent diperdagangkan melebihi AS$68 setong dan WTI diperdagangkan melebihi AS$65 setong buat kali pertama sejak 8 Januari 2020.

Sehingga 11 pagi waktu Moscow (08:00 GMT), niaga hadapan Mei minyak Brent menokok 1.99 peratus kepada AS$68.07 setong, manakala niaga hadapan April minyak mentah WTI meningkat 1.82 peratus kepada AS$64.96 setong, dan melonjak kepada AS$65 beberapa minit kemudian. – Bernama